fb fb fb fb fb

Tragedi empangan runtuh 2019: CGU kenakan denda 16.8 juta dolar terhadap Vale

(Foto Fail/ AFP)

BRAZIL, 16 Ogos- Susulan tragedi empangan runtuh di Brumadinho, Brazil pada 2019, Ketua Pengawal Am Kesatuan Brazil (CGU) mengenakan denda berjumlah 16.8 juta dolar terhadap syarikat perlombongan Vale berikutan kejadian runtuhan tersebut.

Menurut laporan Sputnik pada 25 Januari 2019, empangan Vale pecah di Brumadinho, menyebabkan sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh atau hilang.


(Foto Fail/ AFP)

Pada Isnin, CGU merumuskan bahawa Vale gagal memberikan Agensi Perlombongan Kebangsaan maklumat yang boleh dipercayai tentang Empangan di Brumadinho.

Vale dikenakan denda seminimum yang mungkin mengikut undang-undang kerana ia memperakui bahawa pengurusan kanan syarikat tidak terlibat dalam kemalangan itu.

Dalam masa sama syarikat itu juga dilaporkan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan akan memfailkan permohonan untuk pertimbangan semula dalam tempoh 10 hari akan datang.

Vale ialah antara pengeluar bijih besi dan nikel terbesar di dunia.- AFP

Media Baharu