fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar 2022: Pengadil, pegawai perlawanan persiapkan diri

(FOTO REUTERS)

ZURICH, SWITZERLAND, 16 Ogos- Menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar November depan, bukan hanya pemain dan jurulatih yang sedang bekerja keras dan melakukan persediaan rapi.

Namun, pasukan di sebalik tabir serta barisan pegawai perlawanan turut tidak ketinggalan membuat persiapan.

Bagi memastikan setiap perlawanan berlangsung dengan lancar, seramai 36 pengadil, 69 penolong pengadil dan 24 pegawai yang mengendalikan video perlawanan dari seluruh dunia kini dalam fasa mempersiapkan diri masing-masing.

Untuk itu, FIFA telah mengadakan tiga seminar antara Mei dan Jun, yang membolehkan pegawai perlawanan mengambil bahagian dalam kelas teori dan sesi latihan, termasuk simulasi pelbagai situasi perlawanan.

Kejohanan kali ini lebih menarik apabila bakal menampilkan pengadil wanita di atas padang.

Pengadil dari Perancis Stephanie Frappart, salah seorang wanita yang bakal menggalas tanggungjawab berat itu yakin, mereka mampu sempurnakan tugas dengan baik.

"Kami banyak belajar kerana setiap perlawanan adalah latihan untuk kami. Lebih pengalaman dalam mengendalikan pemain. Jadi setiap pertandingan setiap tahun, kami semakin bagus. Jadi saya fikir kami akan bersedia untuk Piala Dunia," katanya.


(Pengadil FIFA 2022 dari Perancis, Stephanie Frappart/ REUTERS)

Sepak mula Piala Dunia 2022 dijadual berlangsung pada 20 November dengan perlawanan pembukaan Qatar menentang Ecuador.- REUTERS

Media Baharu