fb fb fb fb fb

Putin dijangka bertemu wakil Trump, bincang konflik Ukraine

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

MOSCOW, 4 Ogos - Kremlin tidak menolak kemungkinan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan pertemuan dengan wakil khas Presiden Amerika Syarikat, Steve Witkoff, minggu ini.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, dialog antara Moscow dan Washington masih diteruskan dalam usaha mencari penyelesaian damai terhadap konflik Ukraine.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran Encik Witkoff di Moscow. Hubungan dengannya penting dan sangat berguna,” katanya dalam satu taklimat media.

Peskov turut menegaskan bahawa Rusia tetap komited menyelesaikan konflik Ukraine melalui saluran politik dan diplomatik, selari dengan rundingan langsung yang sedang berlangsung.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan bahawa Witkoff dijangka ke Moscow pada Rabu atau Khamis. Trump turut memberi amaran bahawa sekatan akan dikenakan sekiranya Moscow gagal mematuhi tuntutan gencatan senjata sebelum Jumaat.

“Kami akan kenakan sekatan. Tapi mereka nampaknya cukup cekap mengelak,” katanya.

Menurut Peskov, usaha rundingan yang dijalankan Amerika Syarikat dilihat penting dalam mencari penyelesaian menyeluruh dan jangka panjang terhadap krisis yang berlarutan sejak 2022. - Reuters

TUN JULIA MOHD TAHIR