fb fb fb fb fb

Tokyo alami salji pertama musim ini

Foto hiasan

TOKYO, 19 Disember- Tokyo mencatatkan salji pertama bagi musim ini pada Khamis, 15 hari lebih awal berbanding purata tahunan dan 25 hari lebih awal berbanding musim lepas, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Agensi itu melaporkan suhu di ibu negara dicatatkan pada 3.3°C pada pukul 7 pagi Khamis, tidak lama selepas salji mula turun, lapor Agensi Berita Kyodo.

Di Jepun barat, Osaka turut mencatatkan salji pertama musim ini, tujuh hari lebih awal daripada purata dan dua hari lebih awal berbanding musim lepas.

JMA telah mengeluarkan amaran salji lebat di kawasan pergunungan di wilayah barat dan barat daya Jepun.- BERNAMA-KYODO

 

ROSLINA BINTI DIN