HANOI, 14 April – Ketua Parti Komunis Vietnam, To Lam, menyatakan hasrat untuk mempertingkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang utama termasuk diplomasi, pertahanan, keselamatan dan kesalinghubungan infrastruktur.
Kenyataan tersebut dimuatkan dalam satu artikel yang diterbitkan oleh media rasmi China pada Isnin, menjelang lawatan negara oleh Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam pada 14 hingga 15 April ini.
Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri lawatan Xi ke rantau Asia Tenggara.
To Lam turut menekankan kerjasama infrastruktur strategik, khususnya pembangunan tiga sambungan rel antara Vietnam dan China, merupakan keutamaan tertinggi bagi Hanoi dalam memperkukuh hubungan dua hala dengan Beijing.
Lawatan itu dijangka mempererat hubungan diplomatik serta merangsang kerjasama ekonomi dan keselamatan antara kedua-dua negara jiran tersebut.-REUTERS