MANILA, 14 April – Kerajaan Filipina telah menyuarakan kebimbangan serius berhubung situasi di Laut China Selatan, termasuk beberapa insiden terkini yang didakwa mengancam keselamatan kapal dan anggota tenteranya.
Kebimbangan tersebut dibangkitkan ketika Filipina menjadi tuan rumah rundingan antara ASEAN dan China bagi merangka Kod Tatakelakuan di perairan yang menjadi pertikaian itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Filipina pada Isnin, negara itu turut menegaskan pendirian untuk menyelesaikan segala pertikaian secara aman dan meneruskan pendekatan diplomatik yang membina dalam menangani perbezaan yang wujud di laut.
Rundingan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mewujudkan persekitaran yang stabil dan damai di rantau Asia Tenggara, khususnya di kawasan perairan yang sering menjadi titik panas ketegangan geopolitik.-REUTERS