fb fb fb fb fb

Tindakan AS tembak jatuh belon China jejas hubungan AS-China

BEIJING, 6 Februari- Tindakan Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon China telah telah "menjejas dan merosakkan" hubungan antara kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Xie Feng menerusi kenyataan berkata Beijing membantah tindakan itu, serta memaklumkan belon itu adalah pesawat awam yang diterbangkan dan pada hari Ahad membuat aduan rasmi kepada kedutaan AS di China.

“Tindakan Amerika Syarikat telah memberi kesan serius dan merosakkan usaha dan kemajuan kedua-dua pihak dalam menstabilkan hubungan China-AS sejak pertemuan Bali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kepada sidang kemuncak antara presiden Joe Biden dan Xi Jinping pada November.

"Melihat perkembangan keadaan dan memiliki hak untuk membuat reaksi yang diperlukan lagi", tambah kenyataan itu.

(Imej yang didakwa AS sebagai belon pengintip China, selepas ia ditembak jatuh oleh jet pejuang AS/AFP)

Pesawat itu, yang didakwa Washington sebagai belon pengintip, telah beberapa hari terbang di ruang udara Amerika Utara, menyebabkan Amerika Syarikat membatalkan rancangan lawatan ke Beijing oleh Setiausaha Negara Antony Blinken.

Washington pada hari Sabtu berkata sebuah jet pejuang telah menembak jatuh belon tersebut di luar pantai Carolina Selatan, kerana apa yang disebutnya sebagai "pelanggaran tidak boleh diterima" Beijing terhadap kedaulatan Amerika.

Pegawai Pentagon pada hari Jumaat menggambarkan ia sebagai "belon pengawasan altitud tinggi", sambil menambah bahawa Washington telah mengambil langkah untuk menghalangnya daripada mengumpul maklumat sensitif.

Pegawai itu juga memberitahu satu lagi belon telah dikesan di suatu tempat di Amerika Latin.

Pegawai tentera udara di Colombia berkata objek dengan "ciri yang serupa dengan belon" telah dikesan pada hari Jumaat dan "dipantau sehingga ia beredar ruang udara negara itu".- AFP

Media Baharu