(Keadaan bangunan yang runtuh di Diyarbakir/Foto Reuters)
DIYARBAKIR, 6 Februari- Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terbunuh selepas gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Turkiye awal hari ini, menurut dua pegawai tempatan.
Gegaran yang berlarutan kira-kira seminit itu turut dirasai di Cyprus, Lubnan dan Syria.
Keadaan tersebut menyebabkan orang ramai berlari ke jalan bersalji, kata saksi dan juga stesen penyiar.
Rakaman saksi yang dikongsi dalam talian turut menunjukkan sebuah bangunan runtuh di Diyarbakır.
Ketua Palang Merah Turkiye berkata, mereka sedang menggerakkan sumber untuk ke wilayah itu kerana telah menerima maklumat kerosakan serius dan bangunan yang runtuh.
Orang ramai juga digesa untuk mengosongkan rumah yang rosak.-REUTERS
(Pasukan perubatan berada di lokasi bangunan runtuh di Diyarbakir
akibat gempa bumi yang melanda Turkiye hari ini/Foto Reuters)