fb fb fb fb fb

Protes di luar mahkamah Hong Kong, perbicaraan kes keselamatan negara

(Foto fail/AFP)

HONG KONG, 6 Februari- Sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di luar mahkamah Hong Kong, iaitu lokasi perbicaraan keselamatan negara terbesar di bandar itu ditetapkan bermula Isnin.

"Pemberontakan tidak tahu malu, segera bebaskan semua tahanan politik", tulisan tertera di sepanduk yang dibawa kumpulan tersebut.

Seorang lagi penunjuk perasaan dilihat menunjukkan isyarat penumbuk sebagai solidariti ketika sebilangan besar polis berdiri berhampiran bagi mengawal keadaan.


(Foto fail/AFP)

Perbicaraan itu adalah yang terbesar setakat ini di bawah undang-undang keselamatan negara yang dikenakan Beijing ke atas bandar itu pada 2020, yang telah digunakan untuk menghapuskan perbezaan pendapat.

Undang-undang itu mengubah Hong Kong, menamatkan budaya demonstrasi yang riuh rendah dan politik yang lantang dan membentuk semula bandar paling bebas di China untuk lebih menyerupai tanah besar.

Seramai 47 orang defendan termasuk beberapa aktivis paling terkenal di bandar itu, serta seorang sarjana undang-undang dan bekas penggubal undang-undang, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan dengan "konspirasi untuk melakukan subversif".

Kedua-dua penyokong dan pengkritik telah beratur di luar mahkamah, ada yang semalaman, dengan harapan untuk melihat prosiding bermula.-AFP

Media Baharu