fb fb fb fb fb

Peru lanjut tempoh darurat

(Dina Boluarte/Foto fail Reuters)

LIMA, 6 Februari- Tempoh dan kawasan darurat di Peru akan diperluas dan dipanjangkan bagi menangani pemberontakan terhadap Presiden, Dina Boluarte.

Menurut notis dalam warta kerajaan, tujuh wilayah selatan Peru iairu Madre de Dios, Cusco, Puno dan Apurimac, Arequipa, Moquegua dan Tacna akan berada di bawah perintah itu, selama 60 hari.

Lanjutan tempoh baharu berkenaan tidak meliputi ibu kota Lima, mahupun El Callao yang menempatkan lapangan terbang utama negara dan terminal maritim.

Langkah tersebut memberi kuasa kepada pihak tentera untuk menyokong tindakan polis memulihkan ketenteraman awam.

Ia juga menggantung hak perlembagaan seperti kebebasan bergerak dan berhimpun.

(Anggota polis berkawal ketika penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi
menentang kerajaan Presiden Peru, Dina Boluarte di Lima pada 4 Februari 2023/Foto AFP)

Peru terlibat dalam krisis politik dengan demonstrasi hampir setiap hari sejak 7 Disember, apabila presiden ketika itu Pedro Castillo ditangkap selepas cuba membubarkan Kongres dan pemerintahan melalui dekri.

Sekatan jalan raya oleh penunjuk perasaan telah menyebabkan kekurangan makanan, bahan api dan komoditi asas lain di beberapa wilayah.

Keganasan itu juga telah meragut sekurang-kurangnya 48 nyawa.-AFP

Media Baharu