fb fb fb fb fb

Gempa bumi 7.8 skala Richter landa selatan Turkiye - USGS

(USGS pula melaporkan satu gempa bumi cetek berukuran 6.7 magnitud berhampiran tapak pertama
kira-kira 15 minit kemudia/File AFP)

ISTANBUL, 6 Februari- Gempa bumi berukuran 7.8 mengikut skala Richter melanda kawasan berhampiran Gaziantep di tenggara Turkiye, lapor Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Wilayah selatan Gaziantep merupakan hab perindustrian dan pembuatan utama Turkiye bersempadan dengan Syria.

Gempa itu berlaku pada 04:17 pagi waktu tempatan (0117 GMT) di kedalaman kira-kira 17.9 kilometer (11 batu).

Menurut agensi pengurusan bencana kerajaan AFAD, gempa bumi itu berukuran 7.4 magnitud.

USGS pula melaporkan satu gempa bumi cetek berukuran 6.7 magnitud berhampiran tapak pertama kira-kira 15 minit kemudian.

Gegaran itu turut dirasai di Lubnan, Syria dan Cyprus, menurut laporan wartawan agensi berita AFP.

Pihak berkuasa Turki masih belum melaporkan sebarang kematian atau kecederaan, tetapi video yang disiarkan di media sosial menunjukkan bangunan musnah di beberapa bandar di tenggara negara itu.

Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia.

Pada 1999, gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter telah mengorbankan lebih 17,000 nyawa penduduk terutama di Duzce dan Istanbul.

Ia merupaksn gempa paling teruk melanda Turkiye dalam tempoh beberapa dekad. -AFP

(FOTO USGS)

 

Media Baharu