fb fb fb fb fb

Hujan lebat di Fujian cetus banjir kilat, tanah runtuh

Seorang penduduk kampung diselamatkan di kawasan banjir di wilayah Fujian, timur China. Foto AFP

FUJIAN, 9 Julai -Hujan lebat yang dicetuskan Ribut Tropika Danas di sini, mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat pada Rabu.

Menurut laporan stesen penyiar CCTV, sekolah di Fuzhou terpaksa ditutup, selepas pihak berkuasa mengaktifkan protokol kecemasan banjir dan taufan.

"Biro Pendidikan Perbandaran Fuzhou telah mengumumkan bahawa disebabkan hujan lebat, hari ini, semua aktiviti pendidikan dan pengajaran di Fuzhou ditangguhkan," lapor CCTV.

Turut digantung, perkhidmatan kereta api di bahagian tenggara Wilayah Jiangxi seperti laluan Wenzhou–Fuzhou (Wenfu), Ganzhou–Ruijin–Longyan (Ganruilong) dan Xingguo–Quanzhou (Xingquan).

Sementara itu, pihak berkuasa meteorologi mengeluarkan amaran berjaga-jaga sebagai langkah yang sewajarnya terhadap risiko tanah runtuh dan banjir lumpur yang disebabkan oleh hujan yang berterusan.

Cuaca ekstrem yang didorong oleh perubahan iklim adalah masalah besar bagi China kerana populasinya yang padat dan statusnya sebagai ekonomi global kedua terbesar dunia. -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI