fb fb fb fb fb

Timur laut China dilanda cuaca sejuk melampau

CHINA, 25 Januari- Wilayah Heilongjiang di timur laut China dilanda cuaca sejuk melampau.

Menurut stesyen penyiar, CCTV, keadaan sejuk bermula pada hujung minggu dengan bandar paling utara negara itu Mohe, mencatatkan suhu -53 darjah Celsius pada Ahad.

CCTV pada Rabu menyiarkan rakaman kerja-kerja pembersihanĀ salji di laluan pejalan kaki di Harbin, ibu kota Heilongjiang.

(Pekerja pembersihan membersihkan salji di laluan pejalan kaki / Foto REUTERS)

Sementara di Mohe, pekerja telah mengambil pelan kontingensi untuk mengembangkan kitaran sistem pemanasan pusat bandar.

Kawasan sejuk, yang melanda sebahagian besar Asia Utara, telah menyaksikan salji tebal menyelubungi beberapa kawasan di Jepun dan suhu sejuk luar biasa di seluruh rantau itu.-REUTERS

Media Baharu