fb fb fb fb fb

Isu kos sara hidup jadi keutamaan Hipkins

WELLINGTON, 25 Januari- Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins menyatakan isu kos sara hidup akan menjadi perkara paling utama kerajaan selepas mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya.

Bagaimanapun, beliau tidak akan mengumumkan dasar baharu serta-merta tetapi ia akan dibuat secepat mungkin.

"Di New Zealand, belanjawan isi rumah sedang diteliti dan kami perlu melakukan sebanyak mungkin untuk membantu," katanya.

(Chris Hipkins, (kiri) bercakap pada sesi sidang media yang
berlangsung di sini / Foto REUTERS)

Hipkins berkata, beliau akan menghormati komitmen yang telah dibuat untuk penggal parlimen semasa.

Pemimpin itu terkenal dalam kalangan rakyat New Zealand kerana kecekapannya menangani COVID-19 walaupun beliau mengakui beberapa kesilapan dalam mengendalikan wabak itu. -REUTERS

Media Baharu