fb fb fb fb fb

TikTok tidak setuju larangan transaksi media sosial di Indonesia

(FOTO AFP)

JAKARTA, 13 September- TikTok mengkritik gesaan oleh Indonesia untuk mengharamkan transaksi media sosial, ketika Jakarta menentang apa yang dikatakan sebagai amalan monopoli oleh syarikat utama dengan platform e-dagang seperti firma milik China itu.

Pengguna Indonesia membelanjakan lebih banyak wang untuk TikTok berbanding negara lain di Asia Tenggara sepanjang tahun lalu, memandangkan cabang e-dagang aplikasi itu berkembang pesat untuk memperoleh bahagian pasaran serantau yang besar dengan sokongan berjuta-juta penjual sejak pelancarannya pada 2021.

Beberapa pegawai kerajaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini menggesa agar media sosial dan e-dagang dipisahkan, dengan menyasarkan syarikat seperti TikTok kerana mengancam perniagaan tempatan dan peniaga kecil.

"Hampir dua juta perniagaan tempatan di Indonesia menggunakan TikTok untuk berkembang pesat melalui perdagangan sosial," Anggini Setiawan, ketua komunikasi TikTok Indonesia memberitahu AFP.

(FOTO REUTERS)

"Memaksa media sosial dan e-dagang untuk dipisahkan kepada platform yang berbeza bukan sahaja akan menghalang inovasi, ia juga merugikan peniaga dan pengguna Indonesia."

Beliau menggesa Jakarta "menyediakan padang permainan yang sama rata" untuk TikTok.

Gesaan dibuat selepas Timbalan Menteri Perdagangan, Jerry Sambuaga memberitahu sidang parlimen pada hari Selasa bahawa "kita mesti membezakan antara e-dagang, media sosial dan perdagangan sosial".

Menurutnya terdapat sedikit ruang bagi peraturan berkaitan e-dagang media sosial dan meminta perubahan kepada undang-undang perdagangan semasa.

"Semakan akan secara tegas dan jelas melarangnya," kata beliau, tanpa mengesahkan butiran lanjut mengenai rancangannya.

Undang-undang sedia ada tidak meliputi transaksi di media sosial.

Gergasi teknologi AS, Meta juga memanfaatkan e-dagang di platform media sosial Facebook dan Instagramnya.

Isnin lepas Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan ketika ditemui pemberita memaklumkan semakan kepada undang-undang mungkin memerlukan syarikat memohon lesen berasingan untuk media sosial dan untuk e-dagang.-AFP

Media Baharu