fb fb fb fb fb

Thailand tawar pengecualian visa kepada pelancong China

(FOTO REUTERS)

BANGKOK, 13 September- Pelancong China akan menikmati kemasukan tanpa visa ke Thailand mulai akhir bulan ini bawah skim sementara yang diumumkan kabinet kerajaan yang baru dibentuk hari ini.

Bawah peraturan sedia ada, mereka boleh memohon visa ketibaan tetapi mesti menunjukkan insurans perjalanan, tempahan hotel dan bukti dana melebihi US$280 di imigresen untuk penginapan maksimum 15 hari.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin berkata skim baharu itu akan berkuatckuasa dari 25 September ini hingga 29 Februari tahun depan.

Bagaimanapun tiada butiran diberi mengenai tempoh pelancong China boleh tinggal di Thailand bawah aturan itu.

"Kami telah berbincang dengan semua pihak berkaitan untuk memastikan kami bersedia sepenuhnya," kata Srettha kepada pemberita selepas mesyuarat kabinet pertamanya.

Pegawai berkata mereka menganggarkan skim itu, yang juga ditawarkan kepada warga Kazakstan, dijangka menyaksikan ketibaan 30 juta pengunjung tahun ini, meningkat daripada 11 juta pada 2022.

"Ia adalah kemenangan pantas untuk Thailand," kata jurucakap kerajaan, Chai Watcharong.

"Pelancongan adalah enjin bagi Thailand dan China mempunyai potensi besar," katanya sambil menambah bahawa keselamatan untuk melindungi pelancong akan dilaksanakan.

Sektor pelancongan Thailand menyumbang hampir 20% daripada KDNKnya tetapi terjejas berikutan pandemik COVID-19 dan perubahan tabiat pengembara.

Pelancong China menyumbang peratusan terbesar pelawat Thailand, dengan kira-kira 11 juta melawat negara itu pada 2019. -AFP

(Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin/AFP)

 

Media Baharu