WASHINGTON, 7 November – Amerika Syarikat (AS) dan Uzbekistan mencapai perjanjian perdagangan dan ekonomi baharu yang bakal menyaksikan pelaburan besar oleh negara Asia Tengah itu dalam pelbagai sektor utama AS, umum Presiden Donald Trump pada Khamis.
Trump berkata, Uzbekistan merancang untuk membeli dan melabur sebanyak AS$35 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang, serta lebih AS$100 bilion dalam tempoh 10 tahun dalam beberapa sektor utama AS.
Pelaburan itu akan melibatkan sektor mineral kritikal, penerbangan, alat ganti automotif, infrastruktur, pertanian, tenaga dan bahan kimia, teknologi maklumat serta beberapa bidang lain.
Trump turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, dan menyatakan harapan untuk menjalinkan hubungan ekonomi yang panjang dan produktif antara kedua-dua negara.-REUTERS