fb fb fb fb fb

Tiga terkorban, 50 cedera dalam kemalangan kereta api di AS

(Pandangan udara di kawasan kemalangan berlaku di Missouri, Amerika Syarikat/ AFP)

MISSOURI, 28 Jun- Tiga individu terkorban selepas kereta api dinaiki, melanggar sebuah trak sampah di Missouri, Amerika Syarikat.

Kemalangan turut mencederakan 50 lagi penumpang. Insiden berlaku tengah hari semalam, di lintasan jalan raya yang tidak dikawal.

Ia juga tidak dilengkapi lampu isyarat, siren peringatan dan penghadang automatik.

(Keadaan keselamatan yang tidak lengkap antara punca kemalangan berlaku/ AFP)

Kereta api membawa kira-kira 243 penumpang, dalam perjalanan dari Los Angeles ke Chicago.

Kemalangan kereta api membabitkan syarikat pengendali yang sama iaitu Amtrak, pernah terjadi September tahun lalu.

Insiden yang berlaku di Montana telah meragut tiga nyawa. - AFP

Media Baharu