SAN ANTONIO, 28 Jun– Sebanyak 46 orang pendatang ditemukan mati dalam sebuah treler semalam dan ia dilihat sebagai insiden penyeludupan manusia di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico.
Jabatan Bomba San Antonio berkata, dalam insiden itu, 16 orang yang lain dibawa ke hospital kerana strok haba dan keletihan, termasuk kanak-kanak bawah umur.
(Pegawai penguatkuasa undang-undang di lokasi kejadian/REUTERS)
Menurut pihak berkuasa, tiga orang ditahan berhubung kejadian itu.
Treler itu ditemui bersebelahan landasan kereta api di kawasan terpencil di pinggir selatan bandar tersebut.
Sementara itu, Menteri Luar Mexico Marcelo Ebrard menerusi twitter berkata kejadian itu sebagai tragedi di Texas.
Katanya Konsulat tempatan sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian. Bagaimanapun warganegara mangsa belum disahkan.
Terdapat rekod bilangan migran di sempadan AS-Mexico dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, yang telah mencetuskan kritikan terhadap dasar Imigresen Presiden As, Joe Biden.-REUTERS