fb fb fb fb fb

Seorang bayi maut akibat COVID-19 di Singapura

(Kenyataan media Kementerian Kesihatan Singapura)

SINGAPURA, 28 Jun- Seorang bayi berusia satu setengah tahun di Singapura, maut akibat COVID-19, semalam.

Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan, ia merupakan kematian pertama membabitkan pesakit COVID-19, bawah 12 tahun.

Kematian berpunca akibat Ence-phalitis dicetuskan COVID-19, Respiratory Syncy-tial Virus dan jangkitan Entero-virus.

(Foto fail/ AFP)

Bayi berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit lain dan sihat sebelum dijangkiti COVID-19.

Bayi itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak pada malam 21 Jun, selepas mengalami demam panas dan sawan berulang, serta tidak sedarkan diri.

Sehari selepas itu, mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan disahkan menghidap Meningoencephalitis yang teruk. - AFP

Media Baharu