
IPOH, 18 November – Dakwaan kononnya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membubarkan Dewan Negeri Perak adalah tidak benar dan tidak berasas.
- Pejabat Menteri Besar membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membolehkan siasatan dan tindakan lanjut.
- Penularan maklumat di media sosial, termasuk grafik menyerupai siaran berita serta penyiaran semula bahan lama, menimbulkan kekeliruan.
- Pejabat menganggap serius penyebaran maklumat tidak benar dan menasihatkan orang ramai mendapatkan rujukan daripada sumber rasmi.
Pejabat Menteri Besar Perak menegaskan, laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil.
“Penularan maklumat di media sosial termasuk grafik menyerupai siaran berita televisyen serta penyiaran semula bahan berita lama boleh menimbulkan kekeliruan mengenai kedudukan semasa Dewan Negeri.
“Pejabat Menteri Besar Perak memandang serius penyebaran maklumat tidak benar, khususnya yang mengaitkan institusi diraja dan pentadbiran Kerajaan Negeri,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan kandungan yang belum disahkan kesahihannya.