fb fb fb fb fb

Junta Myanmar digesa letak Suu Kyi ke tahanan rumah- ASEAN

(Foto AFP)

PHNOM PENH, 28 Jun- Junta Myanmar digesa meletakkan semula bekas Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi ke tahanan rumah.

Duta Khas ASEAN, Prak Sokhon berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira faktor kesihatan dan usia Suu Kyi.

Khamis lalu, pihak junta memindahkan penerima Anugerah Nobel berusia 77 tahun itu dari tahanan rumah ke kurungan bersendirian di perkarangan penjara.


(Aung San Suu Kyi yang digulingkan oleh junta tentera/AFP)

Tindakan tersebut menimbulkan kebimbangan dan kecaman daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu serta kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Duta Khas ASEAN dan juga Menteri Luar Kemboja itu, menggesa Myanmar mengamalkan belas kasihan dan memudahkan kepulangan Daw Aung San Suu Kyi ke rumah tempat dia ditahan pada asalnya, dengan mengambil kira kesihatannya.

“Kita semua berkongsi pandangan bahawa perdamaian nasional yang aman tidak boleh dijangka apabila satu pihak yang berkonflik dikeluarkan daripada persamaan penyelesaian,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Prak Sokhonn, akan mengadakan lawatan kedua ke Myanmar mulai Rabu ini sebagai sebahagian daripada komitmen keamanan junta tentera dengan negara anggota ASEAN yang lain.

Kali terakhir Prak Sokhonn ke negara Asia Tenggara itu pada Mac lalu, bertemu dengan ketua junta Min Aung Hlaing dalam usaha untuk memulakan dialog terhenti antara tentera dan penentangnya.

Lebih 2,000 orang telah terbunuh dalam tindakan keras tentera sejak rampasan kuasa, menurut kumpulan pemantau tempatan.- AFP

Media Baharu