fb fb fb fb fb

Tiga pemerhati PBB dan seorang penterjemah cedera di selatan Lubnan

Foto hiasan

BEIRUT, 30 Mac- Tiga pemerhati Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan seorang penterjemah cedera pada Sabtu apabila peluru meletup berhampiran mereka ketika menjalankan rondaan di selatan Lubnan, kata misi pengaman PBB.

Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) dalam satu kenyataan berkata sasaran ke atas pasukan pengaman adalah "tidak boleh diterima".

Dua sumber keselamatan sebelum ini memberitahu Reuters bahawa pemerhati cedera dalam serangan Israel.

Datuk Bandar Rmeish Milad Alam memberitahu Reuters, beliau telah bercakap dengan penterjemah dan mengesahkan keadaannya stabil.

"Dari Rmeish, kami terdengar bunyi letupan dan kemudian melihat sebuah kereta UNIFIL melintas.

"Pemerhati itu dibawa ke hospital di Tire dan Beirut menggunakan helikopter dan kereta," kata Milad.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI