fb fb fb fb fb

Tiga pegawai polis bebas tuduhan membunuh dua tahun lalu

Matthew Collins (kiri), Christopher Burbank (tengah) dan Timothy Rankine (kanan)

TACOMA, 22 Disember- Tiga pegawai polis didapati tidak bersalah atas semua tuduhan membunuh seorang lelaki berkulit hitam tidak bersenjata di Tacoma, Amerika Syarikat, dua tahun lalu.

Christopher Burbank dan Matthew Collins, bebas daripada dua tuduhan dan seorang lagi pegawai, Timothy Rankine turut terlepas satu tuduhan berkait kes bunuh.

Berdasarkan keterangan saksi, memberitahu pegawai polis itu didakwa menumbuk Manuel Ellis, 33 tahun selain meletakkan mangsa dalam keadaan tercekik, sebelum bertindak menembak Ellis.

Menurut pasukan pembelaan, pegawai polis terpaksa bertindak sedemikian, berikutan kelakuan ganas mangsa ketika dia ditahan polis menjadi punca kematian.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menafikan Ellis bertindak ganas ketika ditahan sebaliknya menyelar bahawa pegawai polis terbabit adalah pengganas yang sebenar.-REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM