fb fb fb fb fb

Banjir landa Slovenia, tiga orang maut

(Foto REUTERS)

LJUBLJANA, 5 Ogos- Sekurang-kurangnya tiga orang maut selepas banjir melanda timur laut dan tengah Slovenia.

Jurucakap polis, Maja Adlesic berkata insiden berkenaan menyebabkan akses ke kawasan pedalaman terputus, selain mengganggu lalu lintas.

"Agensi Alam Sekitar Slovenia telah mengeluarkan amaran merah tertinggi ekoran banjir yang berlaku.

"Bandar Ljubljana, Maribor dan Celje antara yang terjejas.

"Kira-kira 16,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.

"Tiga orang maut dalam tempoh 24 jam lepas," katanya ketika ditemu bual REUTERS di sini.

Tambahnya, jumlah sebenar mangsa yang maut masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Marjan Sarec berkata pasukannya sedang bertungkus lumus membantu rakyat yang terjejas.

Perdana Menteri Slovenia Robert Golob juga telah bertemu dengan pasukan penyelamat dan telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi tersebut. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu