fb fb fb fb fb

Taufan dahsyat di Brazil ragut enam nyawa, ratusan cedera

Taufan dahsyat melanda bandar Rio Bonito do Iguacu mengorbankan enam nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 750 penduduk/ REUTERS

BRAZIL, 10 November - Taufan dahsyat melanda bandar Rio Bonito do Iguacu di selatan Brazil pada Sabtu, mengorbankan enam nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 750 penduduk, menurut pihak berkuasa tempatan.

Rakaman udara menunjukkan bumbung bangunan tercabut dan rumah musnah menjadi runtuhan, dengan Gabenor Parana, Ratinho Junior menyifatkannya sebagai “bencana yang belum pernah berlaku” dalam sejarah negeri itu.

Kerajaan negeri melaporkan angin mungkin melebihi 250 kilometer per jam (155 mph), memusnahkan kira-kira 90 peratus kediaman dan bangunan komersial.

Kerajaan Parana mengisytiharkan 'bencana awam,' membolehkan langkah kecemasan diambil serta sokongan persekutuan, ketika pasukan penyelamat meneruskan penilaian kerosakan dan mencari mangsa yang masih terselamat.

Seorang penduduk, Nair Fridryscwsk, menceritakan bagaimana beliau melindungi cucu perempuannya ketika bencana itu melanda.

"Jika awak ikut saya, awak boleh lihat—ini tempat saya lari. Saya ambil cucu perempuan saya dan letakkan dia di sini. Saya pandang ke bawah dan fikir, ‘kalau sesuatu berlaku, biarlah pada saya.’ Syukur, tiada apa berlaku," katanya.

Seorang penduduk, Nair Fridryscwsk berkata:
“Jika awak ikut saya, awak boleh lihat—ini tempat saya lari. Saya ambil cucu perempuan saya dan letakkan dia di sini. Saya tinggal bersamanya dan berkata, ‘Anak, nenek di sini untuk lindungi awak.’ Saya pandang ke bawah dan fikir, ‘kalau sesuatu berlaku, biarlah pada saya.’ Syukur Tuhan, tiada apa berlaku.”

Seorang lagi penduduk, Adilson Camilo Pinheiro, menceritakan detik menakutkan apabila sebuah van Volkswagen diterbangkan kira-kira 100 meter ke udara, berpusing dalam angin.

"Wanita itu sempat meloloskan diri melalui tingkap, tetapi lelaki itu tidak; dia cedera teruk, tulang rusuk patah dan buku lali terdedah. Saya tarik dia keluar dan bawa mereka berdua berhampiran rumah saya. Saya bawa semua orang masuk ke dalam rumah," katanya.

Jurucakap Bomba Tentera Parana, Kapten Luisiane Guimaraes Cavalca pula menegaskan bahawa skala kemusnahan bencana itu sangat luar biasa.

"Ini adalah bencana yang belum pernah berlaku, sekurang-kurangnya dalam sejarah terkini. Ia sangat teruk sehingga kami sukar mengenal pasti kawasan terjejas dan mangsa kerana skala kemusnahan. Fenomena ini mungkin berintensiti tinggi," katanya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI