fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 12 cedera ketika guru tadika protes tuntut kenaikan gaji di Dhaka

Ratusan guru sekolah rendah mengadakan tunjuk perasaan menuntut kenaikan gaji di Dhaka/ REUTERS

DHAKA, 10 November - Sekurang-kurangnya 12 individu cedera pada Sabtu apabila pihak polis menggunakan meriam air, gas pemedih mata dan letupan untuk membubarkan ratusan guru sekolah rendah yang mengadakan tunjuk perasaan menuntut kenaikan gaji di ibu kota Bangladesh, Dhaka.

Guru-guru berkenaan berkumpul untuk melakukan bantahan dengan tiga tuntutan utama, antaranya menyeru kenaikan gaji — isu yang telah lama diperjuangkan oleh mereka.

Pihak polis memaklumkan beberapa penunjuk perasaan cuba menembusi halangan dan melemparkan batu ke arah anggota keselamatan, menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air. Beberapa orang cedera dalam kekecohan itu, dan polis menahan ramai penunjuk perasaan.

Majoriti guru sekolah rendah di Bangladesh tidak termasuk dalam sistem gaji kerajaan dan telah lama menuntut struktur gaji serta manfaat yang teratur.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI