fb fb fb fb fb

Tiga maut, puluhan lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di India

(FOTO AFP)

LUCKNOW, 25 Januari-Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat runtuh.

Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak berkata tiga orang maut di dalam runtuhan yang berlaku di utara bandar Lucknow.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 5.8 skala richter melanda barat Nepal Selasa lalu, 440 kilometer dari Lucknow.

Ketua Polis Uttar Pradesh, Devendra Singh Chauhan memaklumkan runtuhan tersebut disebabkan kesan akibat gempa bumi yang berlaku sehari sebelumnya.

"30 hingga 35 mangsa dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan berkenaan", katanya kepada pemberita.

"Pasukan polis, dan pasukan bencana India masih lagi meneruskan pencarian mangsa", katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Menteri, Yogi Adityanath menerusi ciapan di twitter telah mengarahkan semua hospital di Uttar Pradesh berada dalam keadaan siap sedia bagi segala kemungkinan.

Sebagai rekod, 1630 orang telah terbunuh akibat runtuhan struktur bangunan sejak 2021.

Insiden tersebut hadir seminggu selepas pihak berkuasa di Joshimath, salah sebuah bandar suci menimbulkan kebimbangan penduduk selepas ratusan rumah yang baru dibina mengalami keretakan struktur-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu