fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua orang cedera akibat gempa bumi di Nepal

(Foto fail)

KATHMANDU, 24 Januari- Seorang terbunuh dan dua orang cedera dalam kejadian gempa bumi yang melanda barat Nepal.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter itu berlaku di daerah Bajura, 400 kilometer (250 batu) barat Kathmandu pada 2.43 petang (0858 GMT).

Gegaran turut dirasai sehingga ibu negara India, New Delhi.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan masih mengenal pasti kerosakan yang terlibat.

"Seorang wanita dilaporkan maut, dua orang cedera dan 40 buah rumah rosak, kata Pegawai Daerah Pushkar, Khadka kepada AFP.

"Kawasan kami yang jauh terpencil menyukarkan untuk mendapatkan maklumat lengkap. Kami berharap untuk menilai semua kerosakan dan kemalangan jiwa menjelang esok," katanya.

Pusat Pemantauan dan Penyelidikan Gempa Kebangsaan Nepal melaporkan magnitud gempa itu sehingga 5.9.

Pada November lalu, enam orang maut selepas gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda daerah Doti di barat Nepal.

Pada April 2015, hampir 9,000 orang maut apabila gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda negara itu, memusnahkan lebih setengah juta rumah.-AFP


(Foto hiasan)

Media Baharu