fb fb fb fb fb

Chris Hipkins angkat sumpah jawatan PM New zealand esok

(Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern (kiri) dan Chris Hipkins tiba di Parlimen di Wellington pada 22 Januari 2023/AFP)

WELLINGTON, 24 Januari- Menteri Pendidikan New Zealand, Chris Hipkins dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri esok.

Ia bagi menggantikan Jacinca Ardern yang berundur secara mengejut daripada jawatan itu serta Ketua Parti Buruh.

Hipkins, 44 tahun berkata beliau sangat berbesar hati untuk memegang tampuk pemerintahan negara, sambil menyifatkan Ardern sebagai rakan baik beliau.

Sementara itu, Ardern berterima kasih kepada seluruh rakyat atas peluang yang diberikan sebagai Perdana Menteri.

Dalam tempoh tahun mengemudi New Zealand, pemimpin berusia 42 tahun itu diuji pelbagai cabaran, antaranya bencana alam, serangan pengganas terburuk serta pandemik COVID-19.-AFP


(Chris Hipkins bercakap pada sidang akhbar di Parlimen di Wellington/AFP)

Media Baharu