fb fb fb fb fb

Ardern ucap selamat tinggal, hari terakhir sebagai PM New Zealand

(Jacinda Ardern/REUTERS)

WELLINGTON, 24 Januari- Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengucapkan selamat tinggal dengan penuh emosi pada hari terakhirnya memegang jawatan tu.

Beliau berkata tentang kebaikan dan empati yang ditunjukkan rakyat New Zealand kepadanya. Katanya, dia bersedia untuk menjadi seorang kakak dan ibu.

“Terima kasih dari lubuk hati saya atas keistimewaan terbesar dalam hidup saya", kata Ardern ketika memberi ucapan di sebuah perhimpunan.

Beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand pada hari Rabu dan digantikan oleh ketua parti Buruh yang baharu, Chris Hipkins.


(Jacinda Ardern (kiri) dan  Chris Hipkins /AFP)

"Pengalaman keseluruhan saya dalam pekerjaan New Zealand dan New Zealand dalam pekerjaan ini adalah cinta, empati dan kebaikan," katanya.

Ikon global berhaluan kiri itu mencuri perhatian kerana membawa bayinya ke mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan memakai selendang selepas pembunuhan beramai-ramai yang menyasarkan umat Islam.

Walaupun dia menjadi sasaran kebencian dan penderaan secara dalam talian oleh pelampau sayap kanan di media sosial, dia berkata dia meninggalkan pekerjaan itu dengan cinta di dalam hatinya.

"Saya mahu anda tahu saya pergi dengan cinta dan kasih sayang yang lebih besar untuk Aotearoa New Zealand dan rakyatnya berbanding ketika saya bermula", katanya.

Sebelum menuju ke perkarangan, Ardern berdepan dengan media mungkin untuk kali terakhir sebagai perdana menteri, tersenyum lebar dan enggan menjawab soalan politik, berkata mereka kini menjadi tanggungjawab penggantinya.

"Saya bersedia untuk menjadi banyak perkara. Saya bersedia untuk menjadi ahli parlimen, saya bersedia untuk menjadi seorang kakak dan ibu," katanya.-REUTERS

Media Baharu