fb fb fb fb fb

Thailand rekod lebih 11 juta pelancong asing pada 2022

(Pelancong Vietnam memakai pakaian tradisional Thai di kuil Wat Arun menjelang Tahun Baharu Cina di Bangkok, Thailand 18 Januari 2023/REUTERS)

BANGKOK, 24 Januari- Thailand merekodkan 11.15 juta kemasukan pelawat asing pada 2022.

Data Kementerian Pelancongan menunjukkan angka tersebut melonjak naik berbanding hanya kira-kira 428,000 pelawat asing direkodkan pada tahun 2021, apabila sekatan perjalanan dilaksanakan secara meluas.

Jumlah tersebut melepasi sasaran sekali gus mencerminkan pemulihan yang kukuh dalam usaha Thailand untuk memulihkan industri pentingnya iaitu pelancongan.

Industri tersebut turut terjejas kesan daripada peraturan kemasukan dan kuarantin yang ketat semasa penularan wabak COVID-19.

Pada Disember tahun lalu, sebanyak 2.24 juta pelancong asing direkodkan, berbanding hanya 230,497 dalam tempoh yang sama tahun pada tahun 2021.


(Pelancong bersantai kawasan peraginan di Phuket, 19 Januari 2023/REUTERS)

Pada tahun 2019 sebelum kemunculan pandemik COVID-19, Thailand merekodkan hampir 40 juta pelancong asing.

Tambah Kementerian Pelancongan itu lagi, Malaysia, India dan Singapura merupakan tiga sumber utama pasaran Thailand tahun lalu.

Tahun ini, Thailand menjangkakan 25 juta pelawat antarabangsa, termasuk sekurang-kurangnya lima juta pelawat dari China. Pembukaan semula China dijangka meningkatkan sektor penting, pelancongan Thailand.

Sebelum penularan wabak COVID-19, sektor tersebut menyumbang kira-kira 12 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dan sebagai ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara.-REUTERS

Media Baharu