fb fb fb fb fb

Perancis hantar pulang tahanan wanita dan kanak-kanak

(FOTO REUTERS)

PARIS, 24 Januari- Perancis menghantar pulang 15 wanita dan 32 kanak-kanak yang ditahan di kem penjara di timur laut Syria.

Perkara itu disahkan kementerian luar Perancis pada Selasa.

"Golongan bawah umur diserahkan kepada perkhidmatan yang bertanggungjawab terhadap bantuan kanak-kanak dan akan tertakluk kepada pemantauan perubatan dan sosial," umum kementerian itu dalam satu kenyataan.

Manakala tahanan dewasa telah diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu