fb fb fb fb fb

Gagal bentuk kerajaan stabil, Bulgaria adakan pilihan raya awal April ini

(FOTO REUTERS)

SOFIA, 25 Januari-Presiden Bulgaria, Rumen Radev pada Selasa berkata beliau akan menetapkan 2 April sebagai tarikh pilihan raya parlimen kelima negara itu dalam tempoh dua tahun selepas percubaan bagi mengadakan kerajaan yang stabil gagal.

"Saya akan mengusulkan dekri bagi pembubaran parlimen pada 3 Februari depan dan mengadakan pilihan raya pada 2 April depan", kata Radev kepada wartawan.

Pilihan raya terakhir yang diadakan pada Oktober lalu menimbulkan kekecohan dan perpecahan dalam kalangan anggota parlimen.

Dua parti terbesar negara termiskin di Kesatuan Eropah itu, GERB dan PP gagal mendapat sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Radev kemudiannya memujuk Parti Sosialis bagi bersama partinya membentuk kerajaan, namun ia berakhir dengan kegagalan.

"Situasi politik yang sukar tidak membuahkan penyelesaian. Bulgaria terpaksa berdepan pilihan raya awal", kata Radev.

Sejak dua tahun lalu, Bulgaria ditadbir oleh kerajaan sementara lantaran ketidaktentuan politik selepas berakhir Era Komunis pada 1989.

Penganalisis politik berkata peluang menubuhkan kerajaan yang stabil menerusi pilihan raya awal yang dijadualkan pada April depan bakal mengugat peluang negara berkenaan bagi menyertai zon Eropah pada 2024-AFP


(Presiden Bulgaria, Rumen Radev bersama Perdana Menteri, Nikolay Denkov/
FOTO REUTERS)

Media Baharu