fb fb fb fb fb

Chris Hipkins angkat sumpah jawatan, sah dilantik PM ke-41 New Zealand

(FOTO AFP)

WELLINGTON, 25 Januari- Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand menggantikan Jacinda Ardern

Hipkins, 44, selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Gabenor Jeneral Cindy Kiro dalam satu majlis rasmi di sini, kira-kira pukul 11.23 pagi tadi (waktu tempatan).

Upacara mengangkat sumpah jawatan itu menysul selepas, Arden,42 menyerahkan warkah peletakan jawartannya kepada Kiro pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri pula disandang Carmel Sepuloni yang turut mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.

Menurut Hipkins, pelantikan berkenaan adalah sesuatu yang istimewa dan merupakan tanggungjawab terbesar dalam hidupnya.

"Saya bersemangat dan teruja dengan cabaran yang akan datang."dalam ucapan sulungnya sebagai PM..

Sementara itu, Ardern berkata minggu lalu dia tidak lagi mempunyai "cukup dalam tangki" selepas mengemudi negara melalui bencana alam, serangan pengganas yang paling teruk dan pandemik Covid-19.

Beliau membuat penampilan terakhirnya sebagai Perdana Menteri pada Rabu, berjalan keluar dari bangunan parlimen Beehive dengan ratusan penonton bertepuk tangan secara spontan.

Putera William adalah antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Ardern, yang menjadi tokoh global politik progresif selama lima tahun.

“Terima kasih Jacinda Ardern atas persahabatan, kepimpinan dan sokongan anda selama ini, tidak terkecuali pada masa kematian nenek saya,” tulisnya di akaun Twitter rasminya.

Ardern pertama kali dipilih sebagai perdana menteri pada 2017, sebelum menunggang gelombang "Jacindamania" untuk memastikan penggal kedua dengan kemenangan besar pada 2020.

Hipkins, kini ditugaskan untuk memulihkan populariti kerajaan yang semakin merosot menjelang pilihan raya umum pada Oktober.

(Hipkins, 44, selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Gabenor Jeneral Cindy Kiro dalam
satu majlis rasmi di sini, kira-kira pukul 11.23 pagi tadi (waktu tempatan)/AFP)

Bapa kepada dua anak itu digelar "Chippy".

"COVID-19 dan pandemik global mencipta krisis kesihatan. Kini ia mewujudkan krisis ekonomi dan di situlah tumpuan kerajaan saya," kata Hipkins.

Hipkins juga mengecam penderaan media sosial yang "sangat menjijikkan" yang dilemparkan kepada Ardern, yang semakin menjadi-jadi semasa beliau menjadi Perdana Menteri. -AFP

 

Berita berkaitan
Chris Hipkins angkat sumpah jawatan PM New zealand esok
Ardern ucap selamat tinggal, hari terakhir sebagai PM New Zealand

Media Baharu