fb fb fb fb fb

Tiga maut kebakaran hospital di Mesir

(Anggota bomba Mesir memadamkan kebakaran yang berlaku di hospital amal al-Noor al-Mohammadi
di Kaherah pada 1 Februari 2023/AFP)

KAHERAH, 2 Februari- Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 32 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di Kaherah.

Jurucakap kementerian, Hossam Abdel-Ghaffar berkata, kebakaran itu berlaku di jabatan radiologi hospital berkenaan yang terletak di daerah El Matareya.

"Ramai mangsa cedera akibat melecur, patah tulang atau sesak nafas dan kebanyakan mereka dihantar ke hospital berdekatan.

"12 ambulans dihantar ke lokasi kejadian," katanya.

Punca kejadian dalam siasatan. -AFP

 (Hospital amal al-Noor al-Mohammadi yang rosak akibat kebakaran di Kaherah
pada 1 Februari 2023
/AFP)

Media Baharu