BAGHDAD, 10 November - Pihak berkuasa Iraq mempertingkatkan langkah keselamatan pada Isnin menjelang pilihan raya umum Selasa (11 November), dengan pasukan keselamatan dikerahkan mengawal di sekitar pusat mengundi untuk memastikan proses pemilihan berjalan lancar.
Jurucakap Komando Pusat Operasi Pemerintahan Bersama Iraq, Mejar Jeneral Tahseen Al-Khafaji berkata, anggota keselamatan telah ditempatkan di pusat pengundian dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan tiada pelanggaran keselamatan, tiada kehadiran individu bersenjata dan tiada tekanan ke atas pengundi.
"Pengundi akan menggunakan hak mereka untuk mengundi dan membuat pilihan mereka secara bebas sepenuhnya," katanya.
Pilihan raya umum Iraq kali ini adalah pilihan raya parlimen keenam sejak pencerobohan diketuai Amerika Syarikat yang menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003.