fb fb fb fb fb

Pusaran misteri muncul di langit Hawaii

(FOTO NAOJ & ASAHI SHIMBUN/AFP)

HILO, 2 Februari- Sebuah teleskop berjaya merakamkan satu pusaran bercahaya di langit pada waktu pagi di Hawaii, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Lingkaran misteri itu dirakamkan kamera Subaru-Asahi Star milik Jepun di Balai Cerap Mauna Kea, di sini, sekitar pukul 4.20 pagi pada 18 Januari lalu.

"Ia muncul dalam satu titik kecil di langit dan perlahan-lahan pusarannya kelihatan jelas," menurut catatan dalam satu perkongsian video.

Bagaimanapun, saintis percaya lingkaran bercahaya tersebut ada kaitan dengan pelancaran satelit GPS baharu oleh SpaceX di Florida yang dilancarkan pada hari sama.

Sebelum ini, pusaran sama pernah dilaporkan selepas pelancaran roket oleh SpaceX. -AFP

 (FOTO NAOJ & ASAHI SHIMBUN/AFP)

Media Baharu