fb fb fb fb fb

Korea Selatan, AS adakan latihan udara bersama

(FOTO KEMENTERIAN PERTAHANAN KOREA SELATAN/AFP)

SEOUL, 2 Februari- Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan udara bersama sebagai tindak balas kepada ancaman dari Korea Utara.

Tindakan kedua-dua negara itu sekali gus mencetuskan kemarahan dari Pyongyang dengan negara itu memberi amaran bahawa latihan sedemikian boleh mencetuskan 'pertarungan habis-habisan.'

Latihan tersebut diadakan sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan berikrar untuk meningkatkan kerjasama keselamatan untuk menentang Korea Utara.

AS dan Korea Selatan mendakwa berlakunya peningkatan ancaman peluru berpandu dan nuklear dari Pyongyang.

Latihan terbaharu itu membabitkan pengebom strategik B-1B dan pesawat pejuang 'stealth' F-22 dan F-35B dari Tentera Udara AS dan pesawat pejuang F-35A dari tentera Korea Selatan.

Pesawat itu terbang di atas Laut Kuning, yang terletak di antara China dan Semenanjung Korea, semalam, dalam latihan pertama seumpama itu tahun ini. -AFP

(FOTO KEMENTERIAN PERTAHANAN KOREA SELATAN/AFP)

Media Baharu