fb fb fb fb fb

Protes di Peru: Semua rakyat Malaysia selamat

(Seorang anggota polis menendang tong gas pemedih mata semasa demonstrasi menentang kerajaan
Presiden Peru, Dina Boluarte di Lima pada 26 Januari 2023/AFP)

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam protes yang berlaku di beberapa bahagian Peru termasuk di ibu negara, Lima.

Kedutaan Malaysia di Peru memaklumkan pihaknya sedang memantau dengan teliti perkembangan di negara Amerika Selatan itu.

Jelas pihak itu, pelan kontingensi dirangka berdasarkan situasi semasa dan kedutaan memantau dari pelbagai perspektif sekiranya pengaktifan pelan kontingensi diperlukan.

"Setakat ini, semua rakyat Malaysia di Peru selamat dan Kedutaan Malaysia telah menghubungi mereka dari semasa ke semasa.

"Rakyat Malaysia di Peru dinasihatkan berwaspada, mengelak kawasan yang terjejas demonstrasi dan protes serta mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan serta memantau media tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini,” menurut kedutaan itu dalam satu kenyataan

Ketika ini, terdapat 30 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan di Peru yang terdiri daripada golongan profesional termasuk pegawai Kedutaan, doktor dan ahli perniagaan.

(Penunjuk perasaan menyekat jalan raya di bandar Andes di Huancayo
pada 1 Februari 2023/AFP)

Media Baharu