fb fb fb fb fb

Dua maut akibat runtuhan salji di Kashmir

(Penyelamat membawa mayat warga Poland yang maut dalam runtuhan salji di kawasan Hapatkhud Kangdori
di Gulmarg pada 1 Februari 2023/AFP)

GULMARG, 2 Februari- Dua warga Poland maut, manakala 21 lagi berjaya diselamatkan dalam insiden runtuhan salji di Kashmir, India pada Rabu.

Gelongsor salji besar dari puncak Gunung Apharwat setinggi 4,390 meter itu membadai sebuah resort ski terkemuka di kawasan Hapatkhud Kangdori di sini.

"Semasa operasi menyelamat, 19 warga asing dan dua pemandu tempatan telah diselamatkan.

"Malangnya, dua warga asing terkorban dalam runtuhan salji dan mayat mereka juga telah ditemukan," kata Penguasa Kanan Polis Baramulla, Amod Ashok Nagpuri.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas kawasan gunung dilanda salji lebat.

Kereta kabel yang membawa pengunjung ke puncak Gunung Apharwat turut ditutup untuk keselamatan pengunjung.

Gulmarg menarik puluhan ribu pelancong dan peminat ski sepanjang tahun.

Tempat peranginan itu ketika ini diselaputi salji tebal selepas salji berterusan selama berhari-hari. -AFP

 (Salji besar dari puncak Gunung Apharwat runtuh dan membunuh dua warga Poland
pada 1 Februari 2023/AFP)

 

Media Baharu