CALIFORNIA, 10 November - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat membatalkan lebih 2,800 penerbangan serta menangguhkan lebih 10,200 jadual penerbangan pada Ahad, gangguan penerbangan terburuk dalam tempoh sehari sejak penutupan operasi kerajaan persekutuan bermula.
Kebanyakkan syarikat pernerbangan bergelut pada hari ketiga pengurangan penerbangan seperti yang diarahkan kerajaan di seluruh negara.
Beribu-ribu penerbangan ditangguh atau dibatalkan, sekaligus menyebabkan masalah perjalanan semakin memburuk apabila lebih banyak pengawal trafik udara tidak hadir akibat penutupan operasi persekutuan.
Syarikat Delta Air Lines paling teruk terjejas apabila terpaksa membatalkan atau menangguhkan 52% jadual penerbangannya.
Penutupan operasi kerajaan yang memasuki hari ke-40 telah menyebabkan kekurangan pengawal trafik udara yang menerima nasib seperti pekerja persekutuan lain, tidak dibayar selama berminggu-minggu.
Berjuta-juta orang melakukan perjalanan menjelang sambutan 'Thanksgiving', antara cuti perayaan paling penting di AS yang jatuh pada 27 November.