fb fb fb fb fb

Israel terus cabuli gencatan senjata, korban rakyat Palestin meningkat

Penduduk Palestin mengeluarkan mangsa korban serangan Israel di Gaza / Foto AFP

GAZA, 10 November - Angka korban keganasan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 69,176.

Seorang lagi warga Palestin maut manakala lima lagi cedera dalam beberapa serangan di seluruh wilayah terkepung itu pada Ahad.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza,170,690 lagi rakyat Palestin cedera.

Gencatan senjata dicapai antara Israel dengan Hamas yang berkuat kuasa pada 10 Oktober lepas telah mengurangkan serangan tentera Zionis, bukan menghentikan serangan sepenuhnya.

Sementara itu, tentera Zionis menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya melancarkan serangan ke atas tiga warga Palestin yang melintasi 'Garisan Kuning' yang menandakan kawasan di mana tentera Israel berundur bawah perjanjian gencatan senjata.

"Pada Ahad juga, peneroka haram Yahudi melancarkan satu lagi serangan ganas di Tebing Barat, merosakkan harta milik rakyat Palestin, " menurut Agensi Berita WAFA.

EMMI NORALIZA ADNAN