fb fb fb fb fb

Puluhan cedera, dua kereta api berlanggar di Slovakia

Para penumpang yang cedera dibawa keluar dari kereta api yang berlanggar di Slovakia / Foto AFP

BRATISLAVA, 11 November - Berpuluh-puluh orang cedera selepas dua buah kereta api yang membawa kira-kira 800 penumpang berlanggar di Slovakia pada Ahad.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Matus Sutaj Estok, nahas berlaku selepas sebuah kereta api melanggar belakang sebuah lagi kereta api.

Video yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan seorang penumpang dibawa keluar menggunakan pengusung.

Manakala, rakaman Kementerian Dalam Negeri menunjukkan kehadiran sejumlah besar anggota polis dan perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian.

Lokasi sebenar kejadian bagaimanapun tidak dapat disahkan REUTERS.

Tetapi dilaporkan berlaku di koridor antara bandar Bratislava dengan Pezinok, 20 kilometer ke timur laut Slovakia.

Sementara itu, dalam sidang media, Estok memaklumkan, kesemua mangsa cedera ringan dengan 11 orang digegaskan ke hospital.

Namun , tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Menurut maklumat awal, kemalangan tidak membabitkan pertembungan di bahagian hadapan serta tidak menyebabkan kedua-dua kereta api tergelincir dari landasan, " menurut polis dalam catatan di Facebook.

Ini adalah insiden kedua di Slovakia dalam tempoh sebulan.

Pada 13 Oktober lepas, dua kereta api bertembung di timur Slovakia menyebabkan 91 orang cedera.

EMMI NORALIZA ADNAN