fb fb fb fb fb

31 tahanan terbunuh dalam rusuhan penjara di Ecuador

FOTO AFP

QUITO, 10 November - Sekurang-kurangnya 31 tahanan maut dalam insiden rusuhan bersenjata di sebuah penjara di Machala, Ecuador, pada Ahad, dengan ramai dilaporkan mati akibat sesak nafas.

Menurut pihak penjara Machala di wilayah El Oro,identiti mangsa masih belum disahkan sepenuhnya dan pihak forensik berada di lokasi kejadian.

Rusuhan bermula sekitar pukul 3 pagi apabila penduduk tempatan mendengar tembakan, letupan dan jeritan dari dalam penjara. Empat tahanan lain maut dalam kekacauan pagi itu, manakala 33 tahanan dan seorang anggota polis cedera. Pasukan elit polis segera memasuki penjara dan mengawal semula situasi.

Penjara-penjara di Ecuador sering menjadi pusat operasi kumpulan kongsi gelap dadah yang bersaing untuk menguasai perdagangan haram, dengan lebih 500 tahanan terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan bersenjata sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kekecohan dipercayai berkait dengan rancangan kerajaan Presiden Daniel Noboa untuk memindahkan sebahagian tahanan ke penjara keselamatan maksimum baharu yang bakal dibuka bulan ini di wilayah lain.

Pada akhir September lalu, satu lagi pertempuran bersenjata di penjara sama mencatat 13 tahanan dan seorang pegawai penjara maut, menandakan rusuhan berulang di penjara Machala.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE