fb fb fb fb fb

Kes demam denggi di Bolivia meningkat

BOLIVIA, 2 Februari- Pesakit termasuk kanak-kanak mula memenuhi katil-katil hospital di wilayah Santa Cruz di sini akibat kes demam denggi.

Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Japones Santa Cruz, Hector Solis berkata kes demam denggi di wilayah Santa Cruz semakin meningkat dari hari ke hari.

Terdapat juga pesakit luar yang terpaksa menunggu dalam tempoh lama untuk menerima rawatan kerana demam tersebut.

"Hospital Japones Santa Cruz menghadapi cabaran berganda kerana unit rawatan rapi yang sesak serta kekurangan kakitangan. Ramai kakitangan hospital seperti doktor dan jururawat di hospital ini mengalami demam denggi," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, 69 peratus kes denggi di Bolivia adalah di Santa Cruz.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kes demam denggi di Bolivia meningkat dua kali ganda kepada 697 kes pada minggu lalu.

Kes demam denggi di sini kebiasaannya meningkat semasa musim hujan.

Antara gejala demam denggi ialah sakit kepala, muntah, sakit otot dan keletihan.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu