fb fb fb fb fb

OIC tuntut 'tindak balas tegas' terhadap perbuatan bakar al-Quran

 (Foto fail)

JEDDAH, 2 Februari- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut tindak balas yang tegas terhadap kejadian membakar al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark, baru-baru ini.

Pendirian bersama terhadap penodaan al-Quran itu disuarakan menerusi satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di sini.

Pada pertemuan itu, OIC juga berbincang mengenai kemungkinan tindakan yang boleh diambil terhadap pelaku serangan Islamofobia berkenaan.

Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha mengulangi kekecewaannya terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh aktivis pelampau dan menyifatkan ia perbuatan jenayah dengan niat utama menghina Islam.

Beliau berkata, perbuatan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad SAW tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa ia penghinaan terus kepada 1.6 bilion penduduk Islam dunia dan mahu tindakan tegas diambil agar provokasi serupa tidak berulang.

Minggu lalu, pelampau Denmark-Sweden, Rasmus Paludan dan ahli politik Belanda, Edwin Wagensveld serta ketua kumpulan Islamofobia Pegida, secara berasingan bertindak membakar kitab suci Islam itu di Sweden, Belanda dan Denmark.

(Rasmus Paludan & Edwin Wagensveld/AFP)

Media Baharu