fb fb fb fb fb

Taufan Super Fung-wong : 1 juta penduduk dipindahkan

FOTO REUTERS

MANILA, 10 November - Kira-kira 1 juta penduduk Filipina terpaksa dipindahkan pada Ahad berikutan Taufan Super Fung-wong, salah satu taufan paling kuat tahun ini, yang melanda negara itu dan mengorbankan dua nyawa.

Rakaman video saksi menunjukkan ombak besar menghentam sepanjang pesisir Catanduanes, menyebabkan air banjir melimpah ke jalan raya.

Agensi berita Reuters mengesahkan lokasi video tersebut berdasarkan pokok kelapa, kedudukan dan bentuk bangunan yang sepadan dengan fail dan imej satelit kawasan berkenaan. Tarikh pula disahkan melalui laporan cuaca dan media tempatan.

Menurut jabatan meteorologi Filipina, PAGASA, taufan berkenaan melintasi bahagian utara pulau Luzon, pulau paling ramai penduduk di negara itu, dengan hujan lebat, angin bertiup 185 km/j (115 mph) dan renjatan angin sehingga 230 km/j (140 mph).

Fung-wong merupakan taufan ke-21 tahun ini yang melanda Filipina, yang masih dalam proses pemulihan daripada Taufan Kalmaegi sebelum ini yang meragut 224 nyawa di Filipina dan lima di Vietnam.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE