fb fb fb fb fb

Saintis kongsi imej beruang di planet Marikh

(FOTO NASA/JPL-CALTECH/UARIZONA/AFP)

WASHINGTON, 2 Februari- Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui ukiran permukaan dan batu berbentuk beruang grizzly semasa merakam imej baharu planet Marikh.

Imej itu dirakam pada ketinggian 251 kilometer dari permukaan Marikh menggunakan kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter.

“Terdapat sebuah bukit dengan struktur runtuh berbentuk V (hidung), dua kawah (mata), dan corak bulat (kepala).

“Corak bulatan mungkin disebabkan oleh pemendapan deposit di atas kawah yang tertimbus.

“Hidungnya mungkin lubang gunung berapi atau lumpur dan mendapan itu mungkin lahar atau aliran lumpur,” kata NASA.

Saintis yang mengendalikan program Eksperimen Sains Pengimejan Resolusi Tinggi (HiRISE) telah mengelilingi Marikh sejak tahun 2006. -AFP

(FOTO NASA/JPL-CALTECH/UARIZONA/AFP)

Media Baharu