ATHENS, 23 September - Tiga orang dilaporkan maut manakala lima lagi diselamatkan apabila sebuah bot kembung yang dinaiki mereka karam di pantai barat laut Samos, Greece di Laut Aegean.
Menurut polis, bot kembung itu merupakan bot yang membawa migran melarikan diri berdekatan dengan Turkiye.
Kejadian bot karam melibatkan migran sering berlaku di pantai Greece merupakan salah satu negara yang popular bagi mereka yang melarikan diri.
Difahamkan mereka cuba melarikan diri dari kemiskinan atau situasi perang di Afrika, Asia, dan Timur Tengah untuk memasuki Kesatuan Eropah.
“Tiga mayat telah ditemui dan lima orang berjaya diselamatkan serta berada dalam keadaan selamat,” kata seorang pegawai pejabat akhbar polis pelabuhan kepada AFP.
Polis pelabuhan juga melancarkan operasi besar-besaran untuk mencari mangsa yang lain.
Media tempatan melaporkan 20 orang lagi mungkin hilang. - AFP